Wednesday, June 6, 2012

PERTANDINGAN MENENUN (KEBAT) DAN UKIRAN KAYU PERISAI (TERABAI) 1DAYAK 2012

submit.poster.08-06

PENYERTAAN PERTANDINGAN

Borang penyertaan boleh diambil di:

Persatuan Dayak Miri,

Rumah Persatuan Dayak,

Tingkat 3, Lot No. 1088-1089,

Jalan Merpati

(Tel: 085436467).

 

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada:

Encik Khusyairy Pangkas (Tel: 0194893877)

Puan Jacqueline Selaka (Tel: 0168786205)

Puan Julia Jugak (Tel: 0135792452)

 

· Penyertaan adalah terhad kepada 20 peserta pertama, dan terbuka kepada kaum    Dayak ini Bahagian Miri.

· Borang yang telah siap diisi hendaklah dikembalikan ke alamat penganjur di bawah sebelum atau pada 24.6.2012 atau datang sendiri ke:

Penganjur Pertandingan Tenunan & Ukiran

Rumah Persatuan Dayak Miri,

Tingkat 3, Lot No. 1088-1089,

Jalan Merpati, 98007 Miri.

Tel: 085-435467 Fax: 085-429714

E-mail: dayak_assn.miri@ymail.com

HADIAH PERTANDINGAN TENUNAN (KEBAT)

Pertama: RM2,000.00, trofi dan sijil

Kedua: RM1,500.00, trofi dan sijil

Ketiga: RM1,000.00, trofi dan sijil

Saguhati x 4:RM200.00, Cenderahati dan sijil

 

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN DAN PENILAIAN TENUNAN

(Ngebat Iban)

1. Saiz kain tenunan adalah 6 kaki panjang dan 3 kaki lebar (lebih kurang) dan jenis perwarna yang digunakan adalah bebas. Perwarna asli adalah digalakkan.

2. Hasil kerja dan motif tenunan hendaklah reka bentuk corak tradisional.

3. Tarikh pertandingan bermula pada 09.7.2012 (Isnin) dan tamat pada 11.8.2012.

4. Semua peserta wajib menggunakan tempat pertandingan di Ruai Loke, Rumah Persatuan Dayak Tingkat 3, di, Lot 1088-1089, Jalan Merpati, Miri sepanjang tempoh pertandingan.

5. Penganjur tidak bertanggungjawab atas kerosakan dan kehilangan harta dan peralatan-peralatan peserta sebelum, semasa dan selepas pertandingan.

6. Kreteria penilaian adalah seperti berikut: Reka Bentuk dan Motif ( 40 %); Perwarna (30%); Ketepatan dan Kejituan Tenunan (15%); Mutu Kerja/Kehalusan tenunan (15%).

7. Proses penilaian dan pemberian markah akan diadakan pada 11.8.2012 (Sabtu), jam 2:00 petang dan keputusan penilaian adalah muktamad.

8. Penyertaan yang tidak mematuhi syarat tidak akan diterima, dan penganjur berhak membatalkan penyertaan pemohon jika maklumatyang dikemukakan tidak benar.

MAKLUMAT AM

1. Tarikh pelancaran pertandingan akan diadakan pada 1.7.2012 (Ahad), jam 2:00 petang di Ruai Loke, Tingkat 3, Rumah Dayak, Lot 1088-1089, Jalan Merpati, Miri. Semua peserta wajib hadir. Kos pengangkutan dan penginapan ditanggung sendiri oleh peserta.

2. Meja makan akan disediakan kepada 7 pemenang terbaik, walau bagaimanapun kos penginapan dan pengangkutan ditanggung sendiri oleh peserta.

3. Satu pameran hasil tenunan akan dianjurkan dan akan bermula jam 4:00 petang hingga jam 8:00 malam serentak dengan Majlis Makan Malam Sambutan Ke 50 Tahun Penubuhan DAM.

4. Hasil kerja tenunan bagi pemenang Pertama, Kedua, Ketiga dan 4 saguhati tidak akan dikembalikan dan akan menjadi hak milik mutlak Persatuan Dayak Miri.

 

PENYERTAAN PERTANDINGAN

Borang penyertaan boleh diambil di:

Persatuan Dayak Miri,

Rumah Persatuan Dayak,

Tingkat 3, Lot No. 1088-1089,

Jalan Merpati (Tel: 085436467).

 

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada:

Encik Khusyairy Pangkas (Tel: 0194893877)

Puan Jacqueline Selaka (Tel: 0168786205)

Puan Julia Jugak (Tel: 0135792452)

 

· Penyertaan adalah terhad kepada 20 peserta pertama, dan terbuka kepada kaum Dayak di Bahagian Miri.

· Borang yang telah siap diisi hendaklah dikembalikan ke alamat penganjur di bawah sebelum atau pada 24.6.2012 atau datang sendiri ke:

 

Penganjur Pertandingan Tenunan & Ukiran

Rumah Persatuan Dayak Miri,

Tingkat 3, Lot No. 1088-1089,

Jalan Merpati, 98007 Miri.

Tel: 085-435467 Fax: 085-429714

E-mail: dayak_assn.miri@ymail.com

 

HADIAH PERTANDINGAN

Pertama: RM1,500.00, trofi dan sijil

Kedua: RM1,200.00, trofi dan sijil

Ketiga: RM800.00, trofi dan sijil

Saguhati x 4:RM200.00, Cenderahati dan sijil

 

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN DAN PENILAIANUKIRAN KAYU (TERABAI) KATEGORI 1DAYAK 2012

  1. Peserta diwajib menghasilkan ukiran kayu bagi perisai (Terabai) bersaiz 48” panjang dan 16” lebar (4 kaki panjang x 1 kaki 4 inci lebar) dan pertandingan  ini terbuka kepada masyarakat Dayak.
  2. Motif ukiran kayu (terabai) hendaklah reka bentuk ukiran timbul dan corak tradisional.
  3. Tarikh pertandingan akan bermula pada 02.07.2012 (Isnin) dan tamat pada 11.08.2012(Sabtu), jam 9.00  pagi – 4.00 petang
  4. Semua peserta wajib memulakan hasil kerja ukiran kayu (terabai) bertempat  di Ruai Loke, Rumah Dayak Tingkat 3, di, Lot 1088-1089, Jalan Merpati, Miri pada minggu pertama(02.07.2012 hingga 08.07.2012), ), jam 9.00 pagi – 4.00 petang
  5. Semua  peserta dibenarkan menyiapkan hasil kerja di tempat lain selepas minggu pertama dan hendaklah membawa hasil kerja ukiran ke Ruai Loke, Rumah Dayak Miri pada 11.08.2012sebelum pulul 10.00 pagi.
  6. Penganjur tidak bertanggungjawab atas kerosakan dan kehilangan harta dan peralatan-peralatan peserta sebelum, semasa dan selepas pertandingan.
  7. Kreteria penilaian adalah seperti berikut: Reka Bentuk & Motif ( 40 %); Ketepatan dan Kejituan Ukiran (30%); Mutu Kerja/Kehalusan  ( 30%).
  8. Proses penilaian dan pemberian markah akan diadakan pada 11.08.2012 (Ahad), jam 10:00 pagi di Ruai Loke, Rumah Dayak, Miri. Keputusan penilaian adalah muktamad.
  9. Penyertaan yang tidak mematuhi syarat tidak akan diterima, dan penganjur berhak membatalkan penyertaan pemohon jika maklumat yang dikemukakan tidak benar.

MAKLUMAT AM

  1. Tarikh pelancaran pertandingan Ukiran Kayu (terabai) akan diadakan pada 01.06.2012 di Ruai Loke, Tingkat 3, Rumah Dayak, Lot 1088-1089, Jalan Merpati, Miri. Semua peserta wajib hadir. Kos pengangkutan dan penginapan ditanggung sendiri oleh peserta.
  2. Meja makan akan disediakan kepada 10 pemenang terbaik, bagaimanapun penginapan dan pengangkutan ditanggung sendiri oleh peserta.
  3. Satu pameran Ukiran Kayu (Terabai) akan dianjurkan dan akan bermula jam 4:00 petang hingga jam 8:00 malam serentak dengan Majlis Makan Malam Sambutan Ke 50 Tahun Penubuhan DAM.
  4. Hasil kerja Ukiran bagi pemenang Pertama, Kedua, Ketiga dan 4 saguhati tidak akan dikembalikan dan akan menjadi hak milik mutlak Persatuan Dayak Miri.

submit.banner.08-06

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Disqus Shortname

Comments system